CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 17, 2009

Practicum on the go.....

Buku rekod mengajar...

Alhamdulillah...Setakat ni dah 5 minggu aku berpraktikum di Methodist Girls' School di utara tanah air...dan selama 5 minggu ni sedikit sebanyak aku mula kenal realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru..atau nama yang nampak lebih bijak lagi ialah pendidik..hehe..

Actually, dah hampir 6 tahun aku buat course TESL@TEYL ni..aku rasa macam dah bersedia gak la nk jadi cikgu ni..tp bila minggu pertama praktikum je, aku rasa cuak..budak2 sekolah tu cam tak berapa nak mesra dengan cikgu...bila aku berjalan di kawasan sekolah dan terserempak dengan mana2 students, dorang tak greet aku..mmg lain dari ape yang aku expect...(mungkin diorang rasa aku bukan cikgu dorang)..lain bebenor dengan attitude budak2 kat sekolah rendah aku dulu kt selayang..mase aku buat ROS kat sekolah rendah aku dulu, pantang aku lalu je, mesti dorang akan cakap.."selamat pagi cikgu".."Assalamualaikum cikgu"..sampai aku pun tak larat nak menjawabnye..tapi kt sekolah praktikum ni, memang lain la..nak dengar diorang greet memang susah...kalo student yang aku ajar kelas diorang, baru la diorang greet..tu pun x semua..

Well, aku bukannya gila kuasa atau nak student hormat kat aku..tapi aku rasa attitude n trend students sekarang dah berubah..tak sama macam zaman aku dulu..kalau nampak cikgu, mesti jalan tunduk dan bagi salam..tapi sekarang lain..tak kan la sebab parents diorang semua tu lawyer, akauntan, manager dan lain2 lagi pangkat yang besar2 sampai diorang tak dididik untuk hormat cikgu..mmm..musykil2...


Buku2 student....

Pernah sekali tu masa aku first time datang sekolah tu nak jumpa guru penolong kanan 1..(saje la nk wat lawatan sebelum aku mula berpraktikum secara rasmi). mase aku ngan kawan aku tengah borak2 ngan cikgu tu, tiba2 ada sorang parent masuk pastu marah2 kat PK HEM..aku agak mesti ada benda yang dia tak puas hati pasal cikgu tertentu..aku pun pasang telinga la..sampaikan ape yang PK1 tu cakap pun tak masuk dah dalam kepala otak aku..antara yang aku sempat dengar, parent tu cakap......" I will report this to the Ministry of Education..!!!!"....Wah, dasyat betul parent sorang ni..besar sangat ke dia tu sampai nak report2 kat kementerian..aku terkejut jugak bila dengar pasal kes tu..tapi tak lah terkejut beruk..sebab aku rasa hal2 macam ni memang expected..cikgu2 kat situ pun macam dah lali..hehe...

Bile jadi hal macam ni...aku tertanya sendiri kat diri aku...

"Betul ke profesion yang aku pilih ni??"

"Betul ke aku nak jadi cikgu ni??"

"Ape yang aku buat selama 6 tahun belajar selama ni?? Boleh ke aku aplikasikan ape yang aku dah belajar??"

Waaa....macam2 persoalan muncul kat fikiran aku waktu tu...tp sekarang slowly aku boleh terima reality ni dan cuba sesuaikan diri aku dengan profesion dan bidang yang aku akan lalui insyaAllah dalam masa beberapa bulan lagi waktu posting nanti..tapi itu pun aku tak pasti sekolah yang macam mana yang aku akan dapat nanti...Ape2 pun aku bersyukur dapat wat praktikum kat sekolah yang budak2 nye pandai, active dan outspoken...(walaupun grammar diorang agak tak berapa nak ok..hehe)..dan Alhamdulillah..semoga aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik dan sempurna..(walaupun lecturer aku complain tentang lesson aku..)..aku tak kisah..janji students aku enjoy..

Minggu ni cuti sekolah selama seminggu..Isnin depan aku akan masuk sekolah balik..huaawwwaaa... Semoga 5 minggu yang akan datang ni akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya...chaiyokk keman!!!

p/s: dulu masa daftar kat maktab, mak abah bawak Hannah sekali..masa tu umo dia 3 tahn..sekarang dah 9 tahun pun Hannah...bila masuk kelas darjah 3, teringat kat Hannah yang darjah 3 gak tahun ni..teringat plak zaman homesick dulu..huhu..

1 comments:

Isha_Abama said...

Assalamualaikum..
Selamat menempuh alam sekolah sebagai seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang...
semoga berjaya...