CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 31, 2009

helloooo...

Salam..

Hai kengkawan..lama rasenya x update blog nih..mmm..rasenye baru hari ni ada free time nk tulis something..since i am at the Toyota Service Centre kat branch Taman Shamelin & ada free wifi plak, curik2 masa la update ye..

Mmm...minggu ni agak bz sket..hari ni aku servis kete fahmi yg mileage dia dh cecah 30,000..(kete mu, kete ku jua..huhu~) Mana tak nye..malam ni nak balik ke kampung suami di Perlis..sajer la balik hujung2 minggu..lepas kenduri bertandang kat perlis hari tu, minggu ni baru balik pulak setelah 2 bulan, 2 minggu & 1 hari kami kawin..(bukan kira kat kalender cina ye, tapi i pakai aplikasi date countdown @ daisypath..huhu)

Gambar hiasan

Tujuan balik ke kampung ni adalah utk menziarahi keluarga mentua & juga kemungkinan nk amik sket stok kueh raya untuk hari raya nnt..antara kueh yg akan dijual ialah KUEH BUTTERFLY..ada lagi 2, 3 jenis..tapi x ingat nama dia..sume kue memang sedap2 & tidak terdapat di KL..sesapa nk order nnt bole la ye..harganya akan diberitahu kemudian..will upload the photos soon..~

Mmm...nampaknye tahun ni cheq beraya di Perlis la naa..xtau la nk yeaaa yeaaa atau uwaaaaaaaaa...tp yg pastinya aku akan rindukan drama di pagi raya bersama mak & abah..memandangkan aku akan menetap di selayang jek (mengajar pon kt sekolah Hannah jer), rase2nye tiap2 tahun kena raya di utagha...huuuuuuuu~

Ok la you allsss...sampai cni saje..skrg pukul 9:54 a.m...kete akan siap lebey kurang sejam lagi..so...adios amigos....keep countinggg...!!!!!!~

Wednesday, July 15, 2009

A poem from the Israeli Jail...

‘Spirit of humanity'

As long as
The people of Palestine
Have no liberty, no freedom
Those of us with a voice to speak
Must speak

As long as
The children of Gaza
Live in fear of Israeli
Bombs and occupation
Those of us with a voice to speak
Must speak

As long as
Six million Palestinian refugees
Are deportees around the world
Those of us with a voice to speak
Must speak

As long as
Millions of god's children
Are hungry, imprisoned, and without hope
Those of us with a voice to speak
Must speak

Because it is in speaking
We find our liberty, our freedom
And no prison bars can take away
Our peace, our love
Which is the true spirit of humanity

(for Gaza and the Palestinian people)
Mairead maguire - nobel peace laureate
(in Ramle - Israeli prison)
3lst june, 2009

Wednesday, July 1, 2009

Memang dah bersawang..

Salam semua..

Ye..nampaknye blog ni memang dah bersawang..uhuk! uhuk!..
yela..sangat bz..bukan bz sejak kebelakangan ni..tapi bz sejak bulan Mei lagi..hehe..
almaklumlah..lepas kenduri kat selayang, langsung x de mase nak menjenguk blog..pastu trus balik ke perlis @ kampung aku yang baru..hehehe.. Lps kenduri kat perlis, pegi langkawi..balik kl je, kena pegi kursus induksi 2 minggu n BTN selama 5 hari..walaupun in between tu sempat gak curi2 masa balik kl masa weekend..hihi..

Well, stakat ni..aku n suami telah pun berjalan2 @ hanimun (hanimun ker??) ke genting highlands (pegi sehari lepas kenduri selayang), langkawi (2 hari lepas kenduri perlis), melaka (lepas balik dari perlis), cameron highlands (lepas balik dari BTN) dan yang akan datang ni ialah ke Terengganu & Cherating pada weeken ni..hihi..

Memandangkan ktorg telah mendapat tajaan lejen otel cherating dari kaklong & abg syed, so ktorng pun mengambil kesempatan untuk ke Terengganu..berjalan2 sambil melawat tempat Fahmi blaja dulu iaitu di KUSZA..huhu...(tenkiu kaklong & abang syed)..

walaupun rasa cam dah banyak jalan2, tapi x bole lawan la pengembaraan cik PTD kita..yg tu lagi power..kiki..untuk cik PTD, thanks for the shawl..nnt g oversea lagi bole belikan ole2 lagi..huhuuuuuu...

p/s: jadi ker next gathering kat Langkawi hjg tahun ni?? ktorg dah x sabar nk g idaman suri ni..lalalala..




Saturday, May 9, 2009

"The Busy Town" Chant



THE BUSY TOWN CHANT

Where’s the bookstore?**

It’s near the supermarket.**

Where’s the toy store?**

It’s near the pet shop.**

Where’s the flower shop?**

It’s near the bakery.**

Where’s the museum?
I don’t know.
Look! There’s the swimming
pool!

* Let’s go!



Where’s the library?**
It’s near the museum.**

Where’s the museum?**

It’s near the bookstore.**

Where’s the bookstore?**

It’s near the supermarket.**

Where’s the park?
I don’t know.
Look! There’s the movie
theater!

* Let’s go!



(* claps)

~HARAF MAAF SEKIRANYA KUALITI VIDEO INI TAK BERAPA BEST..SEBAB VIDEO BARNEY DAN AUDIO UNTUK CHANT TU TELAH DIGABUNGKAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MOVIE MAKER..HEHEHE..ENJOY!!!~

Saturday, April 18, 2009

Antara Giant, Skuad Perodua Era dan mamat PGN 2421..

Pada hari ahad lepas, 12 hb april..aku bangun dari tido dalam keadaan yang mengantuk..maklum la..hari sabtu semalam tu ada hari sekolah ganti..jadi penat sket la..walaupun hari2 pun penat, tapi bila tiba hari ahad rase malas je nak bangun awal..huhu..

Bila bangun tido pagi tu, aku terus sms Azirah nak ajak dia pegi makan tengahari kat luar..dia kan ada keta..senang la nak ajak jenjalan..huhu..aku ajak Azirah pegi makan kat 'payung'..nama payung tu gelaran nama tempat makan dkt ngan maktab tu..mungkin sebab kat situ ada banyak payung2 tempat orang berteduh kot..

So, lebih kurang pukul 11.30 pagi, Azirah pun sampai..kitorang pun terus pegi makan..timing memang elok sangat la sebab perut pun memang tengah lapar masa tu..

Lepas makan, aku ajak azirah pegi Giant kat Sg Ara..saje nak jenjalan..rasa nak beli roti potato kat giant tu sebab tetiba teringat mase makan roti potato yang dibeli kat Giant Batu Caves mase dating dengan *tutt*..mase tu roti tu plak baru keluar dari oven..kelazatannye..fuhh..marvelous!! lembut gila roti tu..sampai tak sedar dah makan 3 ketul..hehe..

Bila dah setel membuang duit kat Giant tu, aku dan Azirah pun bercadang nak balik..bila keluar je dari Giant, tetiba kitaorang dengar bunyi riuh2 kat main entrance Giant tu..aku ngan Azirah pun tertanya2 kenapa bising2 kat situ..ada ramai orang plak..

Rupanye skuad perodua Era kat situ..aku ngan Azirah pun apa lagi..cepat2 simpan barang dalam keta, pastu terus pegi kat skuad Era tu..kitaorang pun sakan la menjawab soalan..diaorang suruh angkat dua2 tangan, aku ngan Azirah pun angkat la..maklumlah, nak menang dapat hadiah punya pasal..hik hik..bila pikir balik, cam bodo2 je rasa..kalau la student aku ada kat situ, mesti aku malu giler..

Bila hadiah dah habis, kitaorang pun gerak pegi kat keta..bila aku nak drive, tetiba aku terperasan sesuatu............

"Azirah, mana purse aku????"

Bila Azirah dengar aku cakap cmtu, dia pun jadi cuak.. Aku lagi la bertambah cuak..aku cari dalam plastik Giant tadi, tak jumpa jugak purse aku tu..aku punggah roti dalam plastik tu, tapi still tak jumpa jugak..

Azirah tanya, "Ko letak kat mana tadi? Tertinggal kat kaunter Giant kot"

Aku jawab, "Tak. Aku sangkut purse tu kat troli tadi."

Bila aku check balik kat troli tadi, aku tengok purse aku memang dah tak de kat situ..Aku dah agak..mesti dah ada orang yang amik.. Sedih wooo...sob..sob..

Aku pun cepat2 masuk Giant balik. Tanya staf kat customer service, dia cakap takde...Frust betul..dah la aku baru je cucuk duit RM50..Lesen memandu, kad ATM bank dan kunci bilik hostel aku pun ada dalam tu..aku punya handphone nombor maxis pun ada dalam purse tu skali..adusss...habis la aku kali ni..dalam hati, aku mengutuk2 diri aku sendiri kenapa aku boleh cuai..kenapa la aku sangkut purse tu kat troli instead of pegang kat tangan atau letak dalam poket...nasib baik handphone celcom postpaid aku ada dalam poket..kalau tak, memang mati akal aku dibuatnya..hishhhh....

Dalam aku tengah kalut2 tu, tetiba keluar satu idea bernas dari mulut Azirah,

"Cuba ko tepon handphone maxis tu. Ada line lagi tak.."

Tanpa berfikir panjang, aku pun terus tepon no maxis aku tu.. Fuhh..nasib baik ada bunyi ringing..siap ada caller ringtone lagi...Tetiba aku dengar ada orang angkat..suara orang lelaki..aku pun terus tanya dia kat mana dan bagitau kat dia suruh tunggu kat entrance Giant..
Aku cari2, tak jumpa plak..laki ni nak tipu aku ker?? Aku pun call balik handphone aku tu. Bila dia angkat, dia cakap...

"Saya ada kat belakang keta Anak Wayang astro ni. Awak yang pakai baju biru ke?"

Aku jawab, "Ha'ah" Dalam hati aku rasa malu gile..mana tak nye..mesti dia nampak aku duk tercari2...tengok kiri kanan macam orang gila..ishhh..

Aku pun terus pegi cari laki tu kat belakang keta astro tu..tengah duk cari2 tu, aku ternampak sorang laki dalam keta Wira aeroback kaler meroon..tangan dia melambai2 kat aku..tanpa rasa malu dan segan, aku terus bukak pintu keta dia dan amik purse tu..

Sebelum tutup pintu keta dia, aku ucap terima kasih..dia pun angkat tangan je..tak cakap banyak pun..bajet macho r..tengok muka dia cam anak mami je...orang penang la katakan..dengar suara dalam handphone, macam bapak orang je..tapi bila tengok muka,orang muda rupanye..bole tahan gak..keh keh...

Alhamdulillah..duit RM50, lesen memandu, kad ATM bank dan handphone aku selamat..
Nasib baik orang baik yang terjumpa purse aku tu..kalau orang jahat yang amik, memang aku tak kan dapat balik purse tu dengan isi2 dia sekali..

Aku rasa memang Allah nak tunjuk balasan kepada orang yang cuai macam aku ni..purse aku tu hilang tak sampai pun satu jam..tapi perasaan aku waktu tu hanya Allah je yang tahu..macam orang duk cakap..."Allah bayar cash.."time tu jugak dapat balasan..Ape2 pun aku bersyukur sebab ujian Allah tu sekejap je..mungkin just nak bagi aku menggelabah kejap sebagai peringatan supaya aku tak buat lagi lepas ni..Allahu Akbar....

Tu la kisahnya..sebab nak menang hadiah kat skuad perodua Era punya pasal, purse yang disangkut kat troli pun tak perasan..ish..ish..ish..
Lepas dapat balik purse tu, aku pun ajak Azirah pegi cuci keta..kalau purse tu tak jumpa, mungkin aku akan suruh Azirah hantar aku balik maktab terus..mmm..
Lepas kejadian tu, baru aku tersedar yang aku kena sentiasa berhati2 dan tidak leka walau di mana pun aku berada..

p/s: terima kasih kat Azirah sebab banyak tolong aku mase tu..idea dia tu biase je, tapi aku rase bernas sebab kalau dia tak bagi idea untuk call handphone maxis tu, aku pun tak terfikir nak call..maklumla..tengah kalut.. kepada mamat PGN 2421, aku ucapkan terima kasih..semoga jasa baik dia akan mendapat ganjaran dari Allah SWT..amin..

Sunday, April 5, 2009

Singgah jap...

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu, aku nak memohon maaf kepada semua blogger2 Isha_Abama yang setia menanti entri aku yang terbaru..yela..maktab tu, walaupun dah naik taraf, tapi mana la ada tenet..pinjam broadband kawan2 pun, slow giler.. Tapi takper..di kesempatan yang ada pada weekend yang pendek ni (ada ke weekend yang panjang??), aku cuba update kan blog ni..huhu..

Well, masa aku baca entri terbaru permata nusantara pasal kenangan masa zaman kecik2 dulu, aku tetibe teringat zaman aku kecik2 gak..(tenkiu cik permata kerana bagi ilham untuk aku menulis..ada gak idea...hehe..)


ok..kisahnya lebih kurang macam ni la..
Masa aku kecik2 dulu, lebih kurang umur 9 tahun camtu, aku ada beberapa cita-cita..antaranya ialah pramugari dan business woman..cita-cita yang dua ni lah yang aku paling ingat sekali..bila orang tanya aku, bila besar nak jadi apa..aku jawab pramugari..sebabnya ialah aku rasa jadi pramugari tu best.. mekap cantik2, dapat naik kapal terbang free, bole pegi melancong free..pakai kebaya...sebab masa tu aku tau pramugari MAS je..Air Asia xde lagi..kalau tak, mesti aku nak pakai skirt pendek kaler merah tu..nauzubillah..

Tapi pernah sekali tu, ada sorang sepupu aku kata, tak elok jadi pramugari ni..sebab kena serve arak dalam flight..aku pun terfikir gak pasal tu..mm..tp lama kelamaan, cita-cita tu makin pudar..dan aku bercita-cita nak jadi business woman..aku cakap kat orang, aku nak jadi pengurus syarikat perhubungan..masa tu aku main sebut je..tapi pengurus syarikat perhubungan tu kerja cmne pun aku tak tau...hehe...

Tapi yang paling best yang masih terngiang-ngiang kat dalam fikiran aku ialah masa aku form 2 kalau tak silap..Aku cakap kat kawan aku yang aku tak nak jadi cikgu, sebab kalau aku jadi cikgu, daripada darjah 1 sampai ke tua aku akan pegi sekolah..mmm..

Bila aku naik form 3, aku dapat sorang teacher English yang best..nama dia teacher S (bukan nama sebenar)..aku memang admire giler kat dia..walaupun dia garang tapi aku suka kat dia..dia memang stylo..baju semua mahal2..label skarf Laura Ashley tu asyik terkeluar je dari tudung kecik dia tu..mungkin nak tunjuk yang tudung kecik + nipis tu mahal la..huhu.. Di sebabkan aku suka sangat dia mengajar & suka tengok dia, aku tetiba rasa nak jadi teacher..masa tu aku tak nak jadi cikgu..tapi nak jadi teacher..sebab aku nak ajar English je..nk jadi best macam teacher S.
.

So, untuk merealisasikan cita-cita baru aku tu, aku pun study gile2..tapi struggle untuk paper English je..paper2 lain aku wat biase2 je..sebab aku nak bagi English aku dapat A1 supaya aku dapat amik course TESL..hehe.. Bila result SPM kuar..aku terus tengok result English aku kat slip tu..Alhamdulillah..impian aku tercapai..aku berjaya dapat A1 untuk English..result BM dapat B4 pun aku dah tak peduli..aiyakk..!! aku punya la gembira sampai hampir menjerit..aku pun terus call mak dan bagitau result aku..aku cakap kat mak, "Mak, English orang dapat A1..orang nak buat TESL..."..Masa aku cakap tu, suara aku dah serak2 basah dah sebab menangis kegembiraan..isk..isk...

Lepas tu, aku pun sibuk la isi borang UPU..nak apply course TESL..macam2 la aku kena buat..terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mak yang sentiasa membantu aku mengisi borang dan sediakan semua dokumen2 yang perlu..dan terima kasih kat abah sebab semak buku UPU tu dari awal sampai habis muka surat..sebab kalau abah tak tengok, mungkin aku tak tau pasal course TESL BPG tajaan KPM yang berada di muka2 surat terakhir buku UPU tu..dan mungkin aku tak berada di tempat seperti sekarang..terima kasih abah dan mak....................

Dan kini, aku sedang praktikum di sebuah sekolah rendah di utara tanah air sebagai bakal guru graduan UUM + I4P..dan aku bakal bergelar 'teacher' lebih kurang 4 bulan lagi..InsyaAllah..
Terima kasih buat abah dan mak, kakak2, abang dan adik2 atas sokongan kalian semua...(ok tak bahasa aku ni cik permata??)

Satu lagi yang aku teingat ialah masa aku form 3.. aku pernah cakap tak nak amik subjek elektif Prinsip Akaun sebab akaun tu susah..tengok2 aku amik gak subjek tu..dan sebelum ni, walaupun cita-cita untuk menjadi guru tak pernah ada dalam kamus hidup aku waktu zaman sekolah dulu, tapi sekarang...lihat la dunia..........aku bakal seorang guru rupanya...ngeh..ngeh..ngeh..

Well.....I'm trying my best to fit myself in the new environment..and gradually developing my passion in this noble profession..
I will love this profession..I know..................


p/s: sekadar renungan, jangan cakap tak nak..sebab nanti mungkin yang kita kata tak nak itu yang terjadi...semoga kita dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik dan negatif... tapi kalau setakat kata TAK NAK kepada rokok, tapi dok hisap gak.tak tau la nak cakap camne...sori kepada yang terasa..hihi..

Wednesday, March 18, 2009

Visit my brand new blog...!!!!

Hai semua...musim cuti sekolah dah tiba..so, org berpeluang meng-update kan blog yang dah lama x aktif.. rajin2 la singgah and bagi comment ek...yela...xde sape pun yang mai singgah kat blog org...sume pun asyik pegi kat penulis resah je..sampai dia pun resah kalau x dapat masukkan entri baru..maklumla..ramai follower..
ok... my new blog add...http://wfakmar.blogspot.com
thanxxxx....

Tuesday, March 17, 2009

It's school holiday...!!!

Salam.....

Hari ni dah masuk 4 hari aku duk kat umah..maklumlah, cuti sekolah seminggu dah pun bermula...(dah nk tinggal separuh pun).. Bila balik umah, ni lah masenya untuk aku main tenet dan meng-update kan blog yang dah lama tido, mengaktifkan website2 networking dan update antivirus laptop aku..(kat maktab memang tak de la mende2 tenet ni..)..nk baca entri2 terbaru dari Penulis Resah yang sentiasa hangat tu memang jangan harap la sebab takde tenet ni..walaupapepun, cuti sekolah ni memang la best sebab aku dapat melupakan sekejap pasal buku rekod, buku student, lesson plan dan suasana sekolah yang agak tensi tu..huhu..

Kali ni, aku nak citer sikit pasal satu peristiwa yang agak lucu masa aku jalan balik dari Penang ke KL..mase tu dalam dekat pukul 6 petang cmtu la.. Aku dengan dua orang kawan (coursemate) dalam keta MyVi SE kawan aku ni.. Tengah2 dia drive kat lane yang laju tu, tetiba dia kena masuk kat lane tengah sebab ada keta nak potong..bukan keta besar pun..keta kecik je..tapi Mini Cooper tuuu..warna putih hitam...dia pun apalagi..potong keta MyVi SE karat kawan aku dengan bangganye..



Gambar hiasan


Punya la laju dia pecut..maklumlah..keta mahal..ape klas kalo bawak slow2... bila keta mini tu dah hilang dari pandangan, kitaorang pun sambung la bersembang...masing-masing pun dah hilang ngantok sebab dah nak sampai KL.. Perjalanan diteruskan seperti biasa..tak sabar2 nak sampai umah..balik kampung halaman (kampung la sangat...)

Sebelum nak sampai kat tol jalan duta tu, kawan aku ni singgah jap kat shell tepi tu nak isi minyak..(minyak keta dia ada banyak lagi..bole sampai klang pun..tapi kawan aku ni memang suka isi minyak..bila bar minyak kat meter tu jatuh sket je, dia kelam kabut nak isi..katanya keta lagi laju kalau minyak tu penuh...mm..ikut dia la..keta dia..)




Gambar hiasan


So, kitaorang pun masuk la line nak beratur bayar tol.. Tetiba, kitaorang ternampak balik keta mini tadi, duk beratur kat line sebelah kitaorg..kitaorg duk usha2 la mamat yang bawak keta tu..bukan gatal, tapi saje nak tengok sape driver mini tu..nak tengok sesuai ke muka dia dengan keta yang di bawak..hehe..bila tengok, mamat tu nampak smart gak la..rambut cacak2 bajet hensem..mesti dia pun perasan ada aweks duk usha..bangga gila la tu..hehe..

Tapi yang syokye..tetiba aku teringat sesuatu..mamat ni bawak keta mahal gile..harga keta sama dengan harga umah..

TAPI.........TAPI...... agak2 nye nape ek??

Rupanye baru aku perasan yang dia beratur kat lorong tunai untuk bayar tol..keh keh keh...aku terus cakap kat kawan2 aku...

"Bawak mini, tapi nape tak pakai smart tag je??.."

Kawan2 aku dengar terus je bantai gelak..kih kih kih...betul jugak dorang cakap..keta mahal..pakai la smart tag..boleh terus pecut laju2..tak payah beratur kat lorong tunai ni..kalo tak, sama jela standard mini dia dengan MyVi SE karat kawan aku ni..hehehehe...

Kawan aku cakap, mungkin dia ni anak driver kot..bawak keta tuan bapak dia..huhu..jahat betul diorang ni..tapi aku pun sama gak..hihihi...bukan niat nak mengata..tapi saje nak cari modal nak bergelak..hehehe... Tapi aku rasa, mungkin tu keta mamat tu la...cuma mungkin dia belum beli smart tag lagi...(kena baik sangka..)..

Ape2 pun, cayalah kat mamat tu..kira murah rezeki dia dapat bawak keta mini tu..aku sendiri pun belum tentu ada peluang beli dan naik keta mini tu..Ape2 pun, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada...kalau nak lebih, mestilah kena usaha lebih..mana tahu lepas ni aku bole beli swift atau altis plak ke..hehe..Amin...



Gambar hiasan


p/s: bersyukur ada mamat Vios yang sudi dan setia amik dan hantar aku ke mana saja yang aku nak..(walaupun dia pakai touch 'n' go je..aku tetap gembira sebab dia tak mintak duit minyak dari aku..hehehe..)


Practicum on the go.....

Buku rekod mengajar...

Alhamdulillah...Setakat ni dah 5 minggu aku berpraktikum di Methodist Girls' School di utara tanah air...dan selama 5 minggu ni sedikit sebanyak aku mula kenal realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru..atau nama yang nampak lebih bijak lagi ialah pendidik..hehe..

Actually, dah hampir 6 tahun aku buat course TESL@TEYL ni..aku rasa macam dah bersedia gak la nk jadi cikgu ni..tp bila minggu pertama praktikum je, aku rasa cuak..budak2 sekolah tu cam tak berapa nak mesra dengan cikgu...bila aku berjalan di kawasan sekolah dan terserempak dengan mana2 students, dorang tak greet aku..mmg lain dari ape yang aku expect...(mungkin diorang rasa aku bukan cikgu dorang)..lain bebenor dengan attitude budak2 kat sekolah rendah aku dulu kt selayang..mase aku buat ROS kat sekolah rendah aku dulu, pantang aku lalu je, mesti dorang akan cakap.."selamat pagi cikgu".."Assalamualaikum cikgu"..sampai aku pun tak larat nak menjawabnye..tapi kt sekolah praktikum ni, memang lain la..nak dengar diorang greet memang susah...kalo student yang aku ajar kelas diorang, baru la diorang greet..tu pun x semua..

Well, aku bukannya gila kuasa atau nak student hormat kat aku..tapi aku rasa attitude n trend students sekarang dah berubah..tak sama macam zaman aku dulu..kalau nampak cikgu, mesti jalan tunduk dan bagi salam..tapi sekarang lain..tak kan la sebab parents diorang semua tu lawyer, akauntan, manager dan lain2 lagi pangkat yang besar2 sampai diorang tak dididik untuk hormat cikgu..mmm..musykil2...


Buku2 student....

Pernah sekali tu masa aku first time datang sekolah tu nak jumpa guru penolong kanan 1..(saje la nk wat lawatan sebelum aku mula berpraktikum secara rasmi). mase aku ngan kawan aku tengah borak2 ngan cikgu tu, tiba2 ada sorang parent masuk pastu marah2 kat PK HEM..aku agak mesti ada benda yang dia tak puas hati pasal cikgu tertentu..aku pun pasang telinga la..sampaikan ape yang PK1 tu cakap pun tak masuk dah dalam kepala otak aku..antara yang aku sempat dengar, parent tu cakap......" I will report this to the Ministry of Education..!!!!"....Wah, dasyat betul parent sorang ni..besar sangat ke dia tu sampai nak report2 kat kementerian..aku terkejut jugak bila dengar pasal kes tu..tapi tak lah terkejut beruk..sebab aku rasa hal2 macam ni memang expected..cikgu2 kat situ pun macam dah lali..hehe...

Bile jadi hal macam ni...aku tertanya sendiri kat diri aku...

"Betul ke profesion yang aku pilih ni??"

"Betul ke aku nak jadi cikgu ni??"

"Ape yang aku buat selama 6 tahun belajar selama ni?? Boleh ke aku aplikasikan ape yang aku dah belajar??"

Waaa....macam2 persoalan muncul kat fikiran aku waktu tu...tp sekarang slowly aku boleh terima reality ni dan cuba sesuaikan diri aku dengan profesion dan bidang yang aku akan lalui insyaAllah dalam masa beberapa bulan lagi waktu posting nanti..tapi itu pun aku tak pasti sekolah yang macam mana yang aku akan dapat nanti...Ape2 pun aku bersyukur dapat wat praktikum kat sekolah yang budak2 nye pandai, active dan outspoken...(walaupun grammar diorang agak tak berapa nak ok..hehe)..dan Alhamdulillah..semoga aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik dan sempurna..(walaupun lecturer aku complain tentang lesson aku..)..aku tak kisah..janji students aku enjoy..

Minggu ni cuti sekolah selama seminggu..Isnin depan aku akan masuk sekolah balik..huaawwwaaa... Semoga 5 minggu yang akan datang ni akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya...chaiyokk keman!!!

p/s: dulu masa daftar kat maktab, mak abah bawak Hannah sekali..masa tu umo dia 3 tahn..sekarang dah 9 tahun pun Hannah...bila masuk kelas darjah 3, teringat kat Hannah yang darjah 3 gak tahun ni..teringat plak zaman homesick dulu..huhu..