CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 18, 2009

Antara Giant, Skuad Perodua Era dan mamat PGN 2421..

Pada hari ahad lepas, 12 hb april..aku bangun dari tido dalam keadaan yang mengantuk..maklum la..hari sabtu semalam tu ada hari sekolah ganti..jadi penat sket la..walaupun hari2 pun penat, tapi bila tiba hari ahad rase malas je nak bangun awal..huhu..

Bila bangun tido pagi tu, aku terus sms Azirah nak ajak dia pegi makan tengahari kat luar..dia kan ada keta..senang la nak ajak jenjalan..huhu..aku ajak Azirah pegi makan kat 'payung'..nama payung tu gelaran nama tempat makan dkt ngan maktab tu..mungkin sebab kat situ ada banyak payung2 tempat orang berteduh kot..

So, lebih kurang pukul 11.30 pagi, Azirah pun sampai..kitorang pun terus pegi makan..timing memang elok sangat la sebab perut pun memang tengah lapar masa tu..

Lepas makan, aku ajak azirah pegi Giant kat Sg Ara..saje nak jenjalan..rasa nak beli roti potato kat giant tu sebab tetiba teringat mase makan roti potato yang dibeli kat Giant Batu Caves mase dating dengan *tutt*..mase tu roti tu plak baru keluar dari oven..kelazatannye..fuhh..marvelous!! lembut gila roti tu..sampai tak sedar dah makan 3 ketul..hehe..

Bila dah setel membuang duit kat Giant tu, aku dan Azirah pun bercadang nak balik..bila keluar je dari Giant, tetiba kitaorang dengar bunyi riuh2 kat main entrance Giant tu..aku ngan Azirah pun tertanya2 kenapa bising2 kat situ..ada ramai orang plak..

Rupanye skuad perodua Era kat situ..aku ngan Azirah pun apa lagi..cepat2 simpan barang dalam keta, pastu terus pegi kat skuad Era tu..kitaorang pun sakan la menjawab soalan..diaorang suruh angkat dua2 tangan, aku ngan Azirah pun angkat la..maklumlah, nak menang dapat hadiah punya pasal..hik hik..bila pikir balik, cam bodo2 je rasa..kalau la student aku ada kat situ, mesti aku malu giler..

Bila hadiah dah habis, kitaorang pun gerak pegi kat keta..bila aku nak drive, tetiba aku terperasan sesuatu............

"Azirah, mana purse aku????"

Bila Azirah dengar aku cakap cmtu, dia pun jadi cuak.. Aku lagi la bertambah cuak..aku cari dalam plastik Giant tadi, tak jumpa jugak purse aku tu..aku punggah roti dalam plastik tu, tapi still tak jumpa jugak..

Azirah tanya, "Ko letak kat mana tadi? Tertinggal kat kaunter Giant kot"

Aku jawab, "Tak. Aku sangkut purse tu kat troli tadi."

Bila aku check balik kat troli tadi, aku tengok purse aku memang dah tak de kat situ..Aku dah agak..mesti dah ada orang yang amik.. Sedih wooo...sob..sob..

Aku pun cepat2 masuk Giant balik. Tanya staf kat customer service, dia cakap takde...Frust betul..dah la aku baru je cucuk duit RM50..Lesen memandu, kad ATM bank dan kunci bilik hostel aku pun ada dalam tu..aku punya handphone nombor maxis pun ada dalam purse tu skali..adusss...habis la aku kali ni..dalam hati, aku mengutuk2 diri aku sendiri kenapa aku boleh cuai..kenapa la aku sangkut purse tu kat troli instead of pegang kat tangan atau letak dalam poket...nasib baik handphone celcom postpaid aku ada dalam poket..kalau tak, memang mati akal aku dibuatnya..hishhhh....

Dalam aku tengah kalut2 tu, tetiba keluar satu idea bernas dari mulut Azirah,

"Cuba ko tepon handphone maxis tu. Ada line lagi tak.."

Tanpa berfikir panjang, aku pun terus tepon no maxis aku tu.. Fuhh..nasib baik ada bunyi ringing..siap ada caller ringtone lagi...Tetiba aku dengar ada orang angkat..suara orang lelaki..aku pun terus tanya dia kat mana dan bagitau kat dia suruh tunggu kat entrance Giant..
Aku cari2, tak jumpa plak..laki ni nak tipu aku ker?? Aku pun call balik handphone aku tu. Bila dia angkat, dia cakap...

"Saya ada kat belakang keta Anak Wayang astro ni. Awak yang pakai baju biru ke?"

Aku jawab, "Ha'ah" Dalam hati aku rasa malu gile..mana tak nye..mesti dia nampak aku duk tercari2...tengok kiri kanan macam orang gila..ishhh..

Aku pun terus pegi cari laki tu kat belakang keta astro tu..tengah duk cari2 tu, aku ternampak sorang laki dalam keta Wira aeroback kaler meroon..tangan dia melambai2 kat aku..tanpa rasa malu dan segan, aku terus bukak pintu keta dia dan amik purse tu..

Sebelum tutup pintu keta dia, aku ucap terima kasih..dia pun angkat tangan je..tak cakap banyak pun..bajet macho r..tengok muka dia cam anak mami je...orang penang la katakan..dengar suara dalam handphone, macam bapak orang je..tapi bila tengok muka,orang muda rupanye..bole tahan gak..keh keh...

Alhamdulillah..duit RM50, lesen memandu, kad ATM bank dan handphone aku selamat..
Nasib baik orang baik yang terjumpa purse aku tu..kalau orang jahat yang amik, memang aku tak kan dapat balik purse tu dengan isi2 dia sekali..

Aku rasa memang Allah nak tunjuk balasan kepada orang yang cuai macam aku ni..purse aku tu hilang tak sampai pun satu jam..tapi perasaan aku waktu tu hanya Allah je yang tahu..macam orang duk cakap..."Allah bayar cash.."time tu jugak dapat balasan..Ape2 pun aku bersyukur sebab ujian Allah tu sekejap je..mungkin just nak bagi aku menggelabah kejap sebagai peringatan supaya aku tak buat lagi lepas ni..Allahu Akbar....

Tu la kisahnya..sebab nak menang hadiah kat skuad perodua Era punya pasal, purse yang disangkut kat troli pun tak perasan..ish..ish..ish..
Lepas dapat balik purse tu, aku pun ajak Azirah pegi cuci keta..kalau purse tu tak jumpa, mungkin aku akan suruh Azirah hantar aku balik maktab terus..mmm..
Lepas kejadian tu, baru aku tersedar yang aku kena sentiasa berhati2 dan tidak leka walau di mana pun aku berada..

p/s: terima kasih kat Azirah sebab banyak tolong aku mase tu..idea dia tu biase je, tapi aku rase bernas sebab kalau dia tak bagi idea untuk call handphone maxis tu, aku pun tak terfikir nak call..maklumla..tengah kalut.. kepada mamat PGN 2421, aku ucapkan terima kasih..semoga jasa baik dia akan mendapat ganjaran dari Allah SWT..amin..

Sunday, April 5, 2009

Singgah jap...

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu, aku nak memohon maaf kepada semua blogger2 Isha_Abama yang setia menanti entri aku yang terbaru..yela..maktab tu, walaupun dah naik taraf, tapi mana la ada tenet..pinjam broadband kawan2 pun, slow giler.. Tapi takper..di kesempatan yang ada pada weekend yang pendek ni (ada ke weekend yang panjang??), aku cuba update kan blog ni..huhu..

Well, masa aku baca entri terbaru permata nusantara pasal kenangan masa zaman kecik2 dulu, aku tetibe teringat zaman aku kecik2 gak..(tenkiu cik permata kerana bagi ilham untuk aku menulis..ada gak idea...hehe..)


ok..kisahnya lebih kurang macam ni la..
Masa aku kecik2 dulu, lebih kurang umur 9 tahun camtu, aku ada beberapa cita-cita..antaranya ialah pramugari dan business woman..cita-cita yang dua ni lah yang aku paling ingat sekali..bila orang tanya aku, bila besar nak jadi apa..aku jawab pramugari..sebabnya ialah aku rasa jadi pramugari tu best.. mekap cantik2, dapat naik kapal terbang free, bole pegi melancong free..pakai kebaya...sebab masa tu aku tau pramugari MAS je..Air Asia xde lagi..kalau tak, mesti aku nak pakai skirt pendek kaler merah tu..nauzubillah..

Tapi pernah sekali tu, ada sorang sepupu aku kata, tak elok jadi pramugari ni..sebab kena serve arak dalam flight..aku pun terfikir gak pasal tu..mm..tp lama kelamaan, cita-cita tu makin pudar..dan aku bercita-cita nak jadi business woman..aku cakap kat orang, aku nak jadi pengurus syarikat perhubungan..masa tu aku main sebut je..tapi pengurus syarikat perhubungan tu kerja cmne pun aku tak tau...hehe...

Tapi yang paling best yang masih terngiang-ngiang kat dalam fikiran aku ialah masa aku form 2 kalau tak silap..Aku cakap kat kawan aku yang aku tak nak jadi cikgu, sebab kalau aku jadi cikgu, daripada darjah 1 sampai ke tua aku akan pegi sekolah..mmm..

Bila aku naik form 3, aku dapat sorang teacher English yang best..nama dia teacher S (bukan nama sebenar)..aku memang admire giler kat dia..walaupun dia garang tapi aku suka kat dia..dia memang stylo..baju semua mahal2..label skarf Laura Ashley tu asyik terkeluar je dari tudung kecik dia tu..mungkin nak tunjuk yang tudung kecik + nipis tu mahal la..huhu.. Di sebabkan aku suka sangat dia mengajar & suka tengok dia, aku tetiba rasa nak jadi teacher..masa tu aku tak nak jadi cikgu..tapi nak jadi teacher..sebab aku nak ajar English je..nk jadi best macam teacher S.
.

So, untuk merealisasikan cita-cita baru aku tu, aku pun study gile2..tapi struggle untuk paper English je..paper2 lain aku wat biase2 je..sebab aku nak bagi English aku dapat A1 supaya aku dapat amik course TESL..hehe.. Bila result SPM kuar..aku terus tengok result English aku kat slip tu..Alhamdulillah..impian aku tercapai..aku berjaya dapat A1 untuk English..result BM dapat B4 pun aku dah tak peduli..aiyakk..!! aku punya la gembira sampai hampir menjerit..aku pun terus call mak dan bagitau result aku..aku cakap kat mak, "Mak, English orang dapat A1..orang nak buat TESL..."..Masa aku cakap tu, suara aku dah serak2 basah dah sebab menangis kegembiraan..isk..isk...

Lepas tu, aku pun sibuk la isi borang UPU..nak apply course TESL..macam2 la aku kena buat..terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mak yang sentiasa membantu aku mengisi borang dan sediakan semua dokumen2 yang perlu..dan terima kasih kat abah sebab semak buku UPU tu dari awal sampai habis muka surat..sebab kalau abah tak tengok, mungkin aku tak tau pasal course TESL BPG tajaan KPM yang berada di muka2 surat terakhir buku UPU tu..dan mungkin aku tak berada di tempat seperti sekarang..terima kasih abah dan mak....................

Dan kini, aku sedang praktikum di sebuah sekolah rendah di utara tanah air sebagai bakal guru graduan UUM + I4P..dan aku bakal bergelar 'teacher' lebih kurang 4 bulan lagi..InsyaAllah..
Terima kasih buat abah dan mak, kakak2, abang dan adik2 atas sokongan kalian semua...(ok tak bahasa aku ni cik permata??)

Satu lagi yang aku teingat ialah masa aku form 3.. aku pernah cakap tak nak amik subjek elektif Prinsip Akaun sebab akaun tu susah..tengok2 aku amik gak subjek tu..dan sebelum ni, walaupun cita-cita untuk menjadi guru tak pernah ada dalam kamus hidup aku waktu zaman sekolah dulu, tapi sekarang...lihat la dunia..........aku bakal seorang guru rupanya...ngeh..ngeh..ngeh..

Well.....I'm trying my best to fit myself in the new environment..and gradually developing my passion in this noble profession..
I will love this profession..I know..................


p/s: sekadar renungan, jangan cakap tak nak..sebab nanti mungkin yang kita kata tak nak itu yang terjadi...semoga kita dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik dan negatif... tapi kalau setakat kata TAK NAK kepada rokok, tapi dok hisap gak.tak tau la nak cakap camne...sori kepada yang terasa..hihi..