CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 5, 2009

Singgah jap...

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu, aku nak memohon maaf kepada semua blogger2 Isha_Abama yang setia menanti entri aku yang terbaru..yela..maktab tu, walaupun dah naik taraf, tapi mana la ada tenet..pinjam broadband kawan2 pun, slow giler.. Tapi takper..di kesempatan yang ada pada weekend yang pendek ni (ada ke weekend yang panjang??), aku cuba update kan blog ni..huhu..

Well, masa aku baca entri terbaru permata nusantara pasal kenangan masa zaman kecik2 dulu, aku tetibe teringat zaman aku kecik2 gak..(tenkiu cik permata kerana bagi ilham untuk aku menulis..ada gak idea...hehe..)


ok..kisahnya lebih kurang macam ni la..
Masa aku kecik2 dulu, lebih kurang umur 9 tahun camtu, aku ada beberapa cita-cita..antaranya ialah pramugari dan business woman..cita-cita yang dua ni lah yang aku paling ingat sekali..bila orang tanya aku, bila besar nak jadi apa..aku jawab pramugari..sebabnya ialah aku rasa jadi pramugari tu best.. mekap cantik2, dapat naik kapal terbang free, bole pegi melancong free..pakai kebaya...sebab masa tu aku tau pramugari MAS je..Air Asia xde lagi..kalau tak, mesti aku nak pakai skirt pendek kaler merah tu..nauzubillah..

Tapi pernah sekali tu, ada sorang sepupu aku kata, tak elok jadi pramugari ni..sebab kena serve arak dalam flight..aku pun terfikir gak pasal tu..mm..tp lama kelamaan, cita-cita tu makin pudar..dan aku bercita-cita nak jadi business woman..aku cakap kat orang, aku nak jadi pengurus syarikat perhubungan..masa tu aku main sebut je..tapi pengurus syarikat perhubungan tu kerja cmne pun aku tak tau...hehe...

Tapi yang paling best yang masih terngiang-ngiang kat dalam fikiran aku ialah masa aku form 2 kalau tak silap..Aku cakap kat kawan aku yang aku tak nak jadi cikgu, sebab kalau aku jadi cikgu, daripada darjah 1 sampai ke tua aku akan pegi sekolah..mmm..

Bila aku naik form 3, aku dapat sorang teacher English yang best..nama dia teacher S (bukan nama sebenar)..aku memang admire giler kat dia..walaupun dia garang tapi aku suka kat dia..dia memang stylo..baju semua mahal2..label skarf Laura Ashley tu asyik terkeluar je dari tudung kecik dia tu..mungkin nak tunjuk yang tudung kecik + nipis tu mahal la..huhu.. Di sebabkan aku suka sangat dia mengajar & suka tengok dia, aku tetiba rasa nak jadi teacher..masa tu aku tak nak jadi cikgu..tapi nak jadi teacher..sebab aku nak ajar English je..nk jadi best macam teacher S.
.

So, untuk merealisasikan cita-cita baru aku tu, aku pun study gile2..tapi struggle untuk paper English je..paper2 lain aku wat biase2 je..sebab aku nak bagi English aku dapat A1 supaya aku dapat amik course TESL..hehe.. Bila result SPM kuar..aku terus tengok result English aku kat slip tu..Alhamdulillah..impian aku tercapai..aku berjaya dapat A1 untuk English..result BM dapat B4 pun aku dah tak peduli..aiyakk..!! aku punya la gembira sampai hampir menjerit..aku pun terus call mak dan bagitau result aku..aku cakap kat mak, "Mak, English orang dapat A1..orang nak buat TESL..."..Masa aku cakap tu, suara aku dah serak2 basah dah sebab menangis kegembiraan..isk..isk...

Lepas tu, aku pun sibuk la isi borang UPU..nak apply course TESL..macam2 la aku kena buat..terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mak yang sentiasa membantu aku mengisi borang dan sediakan semua dokumen2 yang perlu..dan terima kasih kat abah sebab semak buku UPU tu dari awal sampai habis muka surat..sebab kalau abah tak tengok, mungkin aku tak tau pasal course TESL BPG tajaan KPM yang berada di muka2 surat terakhir buku UPU tu..dan mungkin aku tak berada di tempat seperti sekarang..terima kasih abah dan mak....................

Dan kini, aku sedang praktikum di sebuah sekolah rendah di utara tanah air sebagai bakal guru graduan UUM + I4P..dan aku bakal bergelar 'teacher' lebih kurang 4 bulan lagi..InsyaAllah..
Terima kasih buat abah dan mak, kakak2, abang dan adik2 atas sokongan kalian semua...(ok tak bahasa aku ni cik permata??)

Satu lagi yang aku teingat ialah masa aku form 3.. aku pernah cakap tak nak amik subjek elektif Prinsip Akaun sebab akaun tu susah..tengok2 aku amik gak subjek tu..dan sebelum ni, walaupun cita-cita untuk menjadi guru tak pernah ada dalam kamus hidup aku waktu zaman sekolah dulu, tapi sekarang...lihat la dunia..........aku bakal seorang guru rupanya...ngeh..ngeh..ngeh..

Well.....I'm trying my best to fit myself in the new environment..and gradually developing my passion in this noble profession..
I will love this profession..I know..................


p/s: sekadar renungan, jangan cakap tak nak..sebab nanti mungkin yang kita kata tak nak itu yang terjadi...semoga kita dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik dan negatif... tapi kalau setakat kata TAK NAK kepada rokok, tapi dok hisap gak.tak tau la nak cakap camne...sori kepada yang terasa..hihi..

7 comments:

Permata Nusantara said...

hehe..ya ya...jgn ckp tak nak...cik permata pun sedang risau nie...ngeh3....

mmg dari nk msuk skola asrama smpai la ke universiti...borang2 tu sume akn disemak oleh mak abah dari kulit ke kulit....silap kecik pun diorang perasan....hihi

dan lepas ni aku nk cari keje dan aku rasa antara org yg akan pening kepala selain aku ialah mak abah juga..hehe...harap dipermurahkn rezeki ini bila melangkah meninggalkn alam universiti ni...amin....

Anonymous said...

kat mana lah korang belajar cakap omputeh ni???... pelik aku...

harap2 bakal2 teacher ni tak kena posting jauh2...

Shima said...

Guru bahasa inggeris ni boleh dikatakan kritikal, jadi cepat2la kawin yer.

mywanfai.. ko pulak bila nak posting balik KL? Mak Arman pun dah cakap melayu kelantan jer aku dgr skang nih.. oh dunia selamatkanlah arman..

cik permata.. tolongla cukupla isu PPSMI dibahaskan. Tolonglah carik kerjaya lain.

Educator_2009 said...

cik permata,
ye..mmg mak abah akan semak semua borang2 kita..takut nnt nak kawin pun mak abah duk semak gak..kacau jadinye..huhu..

mywanfai,
kitaorg blaja cakap omputeh sendiri2 je..tu sebab assignment x payah suruh abah translate kan..lalala..

shima,
ye..cikgu english mmg kritikal dan kena up to people's expectations..especially the parents who are so concern about their child's education..but sometimes they are so doubtful about teachers' credibility..ape dorang ingat cikgu ni dropouts ker?? *emos plak*

cik ptd said...

hai.. apa kecoh2 nie.. aku dulu pun cita-cita lain juga.. dulu aku pernah nak jadi pelukis. tapi aku x pandai melukis. pastu nak jadi penulis pula. tapi bila naik sek men. aku masuk science stream pulak. jadi terpaksa la lupakan cita2 tu. (klu tak cik permata msti x bleh cari mkn). tapi yg plg aku ingat, aku nak berada di atas, nak menjelajah. dan skrg aku telah berada di sini dan perlu sedikit masa lagi utk berada di situ..

Shima said...

wah hebatnya cik ptd..
di atas sana ingin menjelajah..
Di angkasa nan luas terbang sang helang bebas..
ops.. helang dalam english apa ye cik educator?

Anonymous said...

eh bila nak update blog daaaa...